Monday, March 15, 2010

Soalan-soalan yang berkaitan dengan Tema 2

2. Transformasi masyarakat

2.1 Perluasan kuasa asing

a. Perincikan tahap-tahap perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri Melayu Utara hingga tahun 1909.

b.Bincangkan usaha-usaha James Brooke untuk meluaskan pengaruhnya ke atas negeri Sarawak

c. Bincangkan faktor-faktor dan kesan-kesan Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun1824

d. Kelemahan sistem pentadbiran Negeri-negeri Selat di India menyebabkan ianya dipindahkan ke London. Bincangkan.

e. Analisakan factor-faktor yang membawa kepada perubahan sikap Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu Utara pada akhir abad ke 19.

2.2 Campur tangan


a. Johor merupakan satu-satunya negeri Melayu yang terakhir dikuasai oleh British.Bincangkan faktor-faktor Johor dapat mengekalkan kemerdekaannya.

b. Mengapakah berlaku kekacauan dengan meluasnya di Perak dan Selangor pada tahun 1860-an dan 1870-an.

2.3 Kesan terhadap masyarakat dan negara

a. Bincangkan reaksi orang Melayu di Perak terhadap Sistem Residen pada tahun 1874 hingga 1875.

b. Bincangkan factor-faktor perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu pada kurun ke 19 dan awal abad ke-20

c. Terangkan faktor-faktor penentangan masyarakat Melayu di negeri Pahang terhadap dasar pentadbiran British pada abad ke-19.



Soalan-soalan yang berkaitan dengan Tema 1

1. Masyarakat Tempatan

1.1 Institusi pemerintahan

a.“Masyarakat Melayu tradisional merupakan masyarakat feudal”. Bincangkan pernyataan ini.

b.Bincangkan perubahan kedudukan dan peranan penghulu sebelum dan selepas campur tangan British pada tahun 1874.





1.2 Hukum adat, peraturan, dan undang-undang yang diamalkan oleh setiap negeri

a. Bincangkan peranan adat, peraturan dan undang-undang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional.

b. Bincangkan peranan adat dan undang-undang dalam masyarakat Melayu tradisional dan nyatakan ciri-ciri yang terdapat dalam Undang-undang Melaka dan Undang-undang 99 Perak
.

c. Huraikan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke 19

d. Nilaikan kepentingan Hukum Kanun Melaka sebagai panduan yang lengkap dalam menjalankan pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.



1.3 Sistem Sosial

a. Masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu sebelum kedatangan Barat mengamalkan pelbagai bentuk agama dan kepercayaan yang mempengaruhi kehidupan mereka. Bincangkan

b. Huraikan struktur masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874.

1.4 Sistem Ekonomi


a. “Sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan British bersifat ekonomi
sara diri semata-mata.” Jelaskan.