Sunday, March 22, 2009

Perpindahan Pusat Pentadbiran Neger--Negeri Selat

Kelemahan sistem pentadbiran Negeri-negeri Selat di India menyebabkan ianya
dipindahkan ke London. Bincangkan.

Sejak Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan British di India, maka telah timbul pelbagai sungutan di kalangan masyarakat di Negeri-negeri Selat dan golongan saudagar. ini kerana pada keseluruhannya, kerajaan India tidak dapat mengawal keadaan di Negeri-negeri Selat. Malahan, mereka juga tidak suka berada di bawah pengawalan India kerana sikap tidak ambil peduli terhadap hal-ehwal Negeri-negeri Selat yang akhirnya banyak menimbulkan pelbagai masalah pentadbiran dan kemerosotan ekonomi, terutama di Singapura. Akhirnya, timbul isu mendesak oleh rakyat tempatan khususnya para pedagang Singapura supaya pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan ke London
Isu perpindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat telah ditimbulkan oleh George Eari dan diteruskan oleh Anderson pada tahun 1840-an. Isu ini terus memuncak apabila kerajaan India memutuskan bahawa kerajaan akan melaksanakan penggunaan mata wang Rupee dan cukai pelabuhan akan dikenakan di Negeri-negeri Selat pada tahun 1855 dan 1856. Isu perpindahan ini akhirnya dimuatkan di akhhar dan menjadi perbincangan hangat di kalangan saudagar. Pada bulan April 1858, isu ini telah dibentangkan di Parlimen British. Golongan saudagar diketuai oleh W.H Read dan bekerjasama dengan John Crowford bekas Residen Singapura telah berusaha mempengaruhi menteri dan ahli Parlimen British untuk menyokong perpindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat. Kerajaan British telah menghantar Sir Hewlee Robinson ke Negeri-negeri Selat untuk laporan peruntukan yang diperlukan Akhirnya pada 1 April 1867, pentadhiran Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah kawalan Pejabat Tanah Jajahan di London.
Kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sistem pentadbiran Negeri-negeri Selat, misalnya sikap tidak prihatin dan pengabaian kerajaan India terhadap masalah Negeri-negeri Selat telah menyebabkan ianya terpaksa dipindahkan ke Landon. Memandangkan kedudukan Negeri-negeri Selat yang terletak jauh dari India, maka sukar untuk kerajaan India melaksanakan pendbirannya dengan berkesan. Tambahan pula, masalah pentadbiran di Negeri-negeri Selat tidak serupa dengan masalah yang dihadapi oleh kerajaan India di negara tersebut. Sikap pengabaian kerajaan India terhadap pentadbiran Negeri-negeri Selat terserlah apabila Syarikat Hindia Timur kehilangan monopoli perdagangan di negara China pada tahun 1833. ini kerana Syarikat Hindia Timur tidak lagi memerlukan negeri negeri Selat sebagai pelabuhan persinggahan bagi sebilangan kapalnya yang berlayar di antara India dengan Negara China. Pengabaian oleh kerajaan India juga jelas dalam hal-hal seperti kegiatan lanun yang berleluasa di perairan Selat Melaka yang boleh menyebabkan keselamatan pedagang dan perdagangan di negeri-negeri Selat terancam. Kegiatan kongsi Gelap Cina turut mengganggu perdagangan dan ketenteraman di Negeri-negeri Selat. Golongan pedagang membantah kegiatan tersebut kerana mengancam keamanan yang diperlukan bagi kemajuan perdagangan. Walau bagaimanapun, kerajaan India tidak mahu mengatasi masalah tersebut kerana pendapatan yang diperoleh dari negeri-negeri Selat tidak cukup dan kerajaan India tidak mahu menggunakan wang mereka sendiri.
Dasar pengurangan pegawai juga telah dilakukan oleh kerajaan India untuk menjimatkan perbelanjaan pentadbiran Negeri-negeri Selat seterusnya menyebabkan kecekapan pentadbiran negeri-negeri Selat telah merosot. Ini kerana negeri-negeri Selat semakin maju, namun bilagan pegawai yang dihantar ke Negeri-negeri Selat juga tidak terlatih dalam sistem pentadbiran tempatan. Kebanyakan mereka masih muda dan tidak faham tentang bahasa serta adat resam penduduk tempatan. Oleh itu, timbul pelbagai masalah dalam sistem pentadbiran dan sukar untuk mereka melaksanakan tugas dengan cekap. Pegawai yang dihantar juga tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh kerana gaji mereka yang rendah dan kenaikan pangkat yang tidak terjamin. Akibat daripada masalah tersebut, amalan rasuah berleluasa di kalangan pegawai. Kerajaan India juga mengabaikan keamanan dan undang-undang di Negeri-negeri Selat, di mana bilangan anggota polis tidak cukup untuk menjaga ketenterarnan. Misalnya pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis untuk menjaga penduduk seramai 16 000 orang di Singapura. Begitu juga dengan sistem keadilan di Negeri-negeri Selat yang tidak cekap kerana tidak ada hakim dan peguam yang terlatih serta kekurangan mahkamah untuk membicara dan mengadili kes-kes jenayah serta awam. Misalnya, hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat pada tahun 1856. Ini juga menyebabkan banyak kes tertangguh, namun kerajaan India tidak mengambil sebarang tindakan bagi mengatasi masalah tersebut.
Kelemahan dalam sistem perwakilan juga menyebabkan pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan Kerajaan Negeri-negeri Selat mempunyai Majlis Perundangan untuk memilih wakil-wakil rakyat dalam menyuarakan pendapat berkenaan pentadbiran Negeri-negeri Selat. Jadi, undang-undang digubal dan diluluskan di Majlis Perundangan di Calcutta atau Parlimen. Undangundang yang diluluskan di Calcutta ataupun di London tidak sama dengan keadaan di Negeri-negeri Selat kerana keadaan sosial ekonomi Negeri-negeri Selat jauh berbeza daripada India dan Britain. Malahan, undang-undang digubal tanpa menghiraukan pandangan pegawai-pegawai tempatan. lni kerana pedagang Negeri-negeri Selat tidak puas hati dengan tindakan kerajaan India. Oleh itu, menuntut penubuhan sebuah Majlis Perundangan dengan perwakilan tempatan supaya mereka mempunyai hak dalam pentadbiran serta dasar-dasar dan undang-undang dapat digubal berdasarkan pandangan pegawai tempatan.
Pembuangan banduan oleh kerajaan India ke Negeri-negeri Selat telah menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan untuk mendesak kerajaan India memindahkan pentadbiran Negeri-negeri Selat ke London. Menjelang tahun 1857, lebih daripada 4000 orang banduan dihantar untuk menjalani latih hukuman di Negeri-negeri Selat Saudgar Negeri-negeri Selat yang diketuai oleh WH Read membantah keras tindakan India yang menjadikan Negeri-negeri Selat sebagai tempat pembuangan banduan. Mereka mendakwa bahawa kehadiran banduan di sekeliling mereka merendahkan imej serta mengancam nyawa mereka. Selain itu Negeri-negeri Selat terpaksa membiayai semua perbelanjaan untuk menanggung banduan tersebut. Mereka turut membantah tindakan kerajaan India yang sengaja menambah beban kewangan dan sosial ke atas mereka. Kerajaan India juga mengamalkan dasar tidak campur tangan di Negeri-negeri Selat yang akhirnya merugikan saudagar yang berdagang. Mereka inginkan kerajaan India campur tangan dan menamatkan keadaan huru-hara seperti perang perebutan takhta dan peperangan antara kongsi gelap Cina yang semakin berleluasa demi meluaskan pengaruh Inggeris di negeri-negeri Melayu. Mereka juga berharap keamanan di Negeri-negeri Selat dapat dipulihkan untuk kemajuan perdagangan dan pelaburan. Narnun. kerajaan India degil dan enggan melanggar dasar tidak campur tangan terhadap Negeri-negeri Selat. Sebaliknya, kerajaan India mengikuti dasar proSiam. Dasar ini merugikan perdagangan Negeri-negeri Selat. Perluasan kuasa Siam ke atas negeri-negeri Melayu seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak disekat oleh kerajaan India. Akibatnya, perdagangan Negeri-negeri Selat dengan negeri-negeri tersebut terjejas.
Pada tahun 1855 kerajaan India telah meluluskan Akta Mata Wang. Akta ini menjadikan mata wang India, iaitu Rupee sebagai mata wang sah di Negeri-negeri Selat untuk menggantikan mata wang Sepanyol. Saudagar Negeri-negeri Selat menentang Akta Mata Wang ini kerana menjejaskan perdagangan mereka disebabkan nilai mata wang Rupee tidak stabil berbanding nilal mata wang Sepanyol. Akibat bantahan itu, kerajaan India menarik balik perlaksanaan Akta Mata Wang. Selain itu pada tahun 1856, kerajaan India telah meluluskan satu lagi undang-undang, iaitu mengenakan cukai pelabuhan ke atas Negeri-negeri Selat ini merupakan satu lagi cara kerajaan India untuk memperoleh pendapatan dan Negeri-negeri Selat bagi membiayai perbelanjaan Negeri-negeri Selat. Namun, langkah tersebut mengancan taraf pelabuhan bebas Negeri-negeri Selat, terutama Singapura yang kemakmurannya bergantung pada perdagangan bebasnya. Penentangan dibuat dan pengenaan cukai pelabuhan ini akhirnya dimansuhkan.
Kesimpulannya, masalah dan kelemahan dalam sistem pentadbiran di Negeri-negeri Selat yang berpunca daripada tindakan melulu tidak ambil peduli oleh kerajaan India telah membawa kepada perpindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat, selepas perpindahan kerajaan Negeri-negeri Selatt berusaha untuk menyelesaikan masalah yang rnenimbulkan rasa tidak puas hati. Antara langkah yang diambil ialah menamhahkan bilangin hakim, kakitangan kerajaan, anggota polis dan sebagainya. Pejabat Tanah Jajahan tetap meneruskan dasar tidak campur tangan di negeri-negeri Melayu sehingga Gabenor Sir Andrew Clarke memulakan dasar campur tangan pada tahun 1874.

1 comment:

  1. Boleh saya dapatkan rujukan yang berautoritif yang mungkin dapat diakses secara atas talian ?

    ReplyDelete