Monday, February 23, 2009

Perbezaaan adat perpatih dengan adat Temenggong

Huraikan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke 19

Pengenalan

Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di negeri-negeri Melayu. Adat ini berasal dan Utara Sumatera dan dikembangkan oleh dua beradik iaitu Datuk Ketemenggungan yang kemudiannya berkuasa di Palembang (Adat Temenggung) dan Datuk Perpatih Pinang Nan Sebatang yang kemudiannya berkuasa di Pagar Ruyung (Adat Perpatih)

Adat Temenggung diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan Naning di Melaka yang mengamalkan Adat Perpatih. Hukum adat ini meliputi segala aspek kehidupan, aturan hidup adat istiadat dan hidup bermasyarakat Hukum adat ini dipercayai dibawa masuk sekitar abad 15 M dan Kemudiannya berkembang di negeri-negeri taklukan Melaka. Contoh Undang-undang Johor yang diamalkan di Johor dan Kedah, Undang-undang Pahang di Pahang dan Undang-undang 99 Perak di Perak. Adat Temenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum syarak bermazhab Shafie

Perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung

(a) Bersifat Matriarchal I Patriarchal
- Dalam Adat Perpatih kaum wanita mempunyai kedudukan dalam masyarakat
• kaum wanita mempunyai hak dan keutamaan dalam mewarisi harta
• nisab keturunan juga dikira melalui suku ibu
• anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku
— DalamAdatTemenggung, dalam keluarga kaum lelaki mempunyai kedudukan
• anak lelaki mempunyai hak dalam mewarisi harta
• susur keturunan diperkira dari sebelah lelaki
• Lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga

(b) Perkahwinan
— Dalam Adat Perpatih, suami dikenali sebagai orang Semenda
• bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk isteri dan anak-anaknya
• tempat kediaman atau rumah kemudiannya menjadi hak isteri

(c) Tarafperkahwinan
— Dalam Adat Perpatih perkahwinan melibatkan berlainan suku dan tidak mengalakkan perkahwinan antara sesama suku kerana suku yang sama adalah dianggap bersaudara
— Dalam Adat Temenggung perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asal tiada mempunyai talian persaudaraan
• sekiranya bercerai dengan talak tiga boleh kembali rujuk setelah isterinya diceraikan oleh suami barunya
• dilarang berkahwin dengan perbezaan agama

(d) Pentadbiran
— Adat Perpatih bersifat demokrasi
• kuasa dibahagi antara Undang, Lembaga, Buapak, dan masyarakat
• pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di setiap peringkat
• masyarakat akan memilih Buapak, tiga Buapak pula dipilih oleh Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih dan melantik Yang Dipertuan Besar
— Dalam Adat Ternenggung pula pentadbiran diberikan keistimewaan
• pentadbiran diketuai oleh Raja atau Sultan dan dibantu oleh pembesar denganjawatan tertentu dan pembesar di peringkat wilayah
• sultan melantik pembesar
• ketua peringkat paling bawah ialah Ketua Kampung
• sultan berperanan sebagai lambang pepaduan antara rakyat dan ketua negara
• anak lelaki sultan merupakan pewaris takhta
• sekiranya tiada anak lelaki, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta
• jika kedua-dua di atas tiada, maka Bendanara akan menjadi sultan
• keputusan pentadbiran dilakukan secara mesyuarat antara sultan dengan pembesar

(e) Perundangan
— Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah lebih bersifat menyedarkan manusia. bertimbang rasa dan berunsur pemulihan
• kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi
• ganti rugi mengikut tahap seperti seseorang yang dicederakan akan dibayar dengan ayam atau kambing, mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barangnya, dan pembunuh akan menanggung kehidupan keluarga mangsa
• Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh
• Buapak dan Lembaga boleh menjatuhkan hukuman lain
— Dalam Adat Temenggung undang-undang jenayahnya lebih tegas
• hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh
• raja akan menjatuhkan hukuman
(1) Semangat Kesukuan
Dalam Adat Perpatih ikatan persaudaraan adalah melalui suku
• setiap ahli keluarga berasaskan kepada suKu
Adat Temenggung tidak ada pengkhususan seperti Adat Perpatih
(g) Pembahagian harta
— Dalam Adat Perpatih, harta milik keluarga
• harta tidak dapat dipindah milik atau dijual kepada keluarga lainnya tanpa persetujuan ahli keuarga
— Dalam Adat Temenggung harta milik individu
• pindah milik harta dan penjualan ditentunkan pemilik harta berkenaan

Kesimpulan
Adat Perpatih dan Adat Ternenggung jelas mempunyai perbezaannya Walau bagaimanapun, kedua-dua hukum adat ini mempunyai maksud yang sama untuk melindungi anggota masyarakat, hidup dengan mematuhi kepada peraturan berdisiplin. rnenghormati sesama manusia, mematuhi adat istiadat. Kedua-duanya merupakan antara jenis hukum adat yang diamalkan di Tanah Melayu pada waktu dahulu (sekitar ahad 17M) dan masih berlangsung hingga hari ini khususnya di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka.

Analisakan faktor-faktor yang membawa kepada perubahan sikap Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu Utara pada akhir abad ke 19.

Pada awalnya, lnggeris menjalankan dasar tidak mahu campur tangan di negeri-negeri Melayu Utara. Hasrat ini adalah bertujuan untuk melindungi hubungan baiknya dengan pihak Siam. di samping cuba mengelakkan dan tercetusnya sengketa politik yang boleh menyebabkan peperangan dan menelan perbelanjaan yang tinggi. Bagaimanapun. hasrat ini tidak kekal lama. Minat lnggeris terhadap negeri-negeni Melayu mulai berubah pada abad ke-19 daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong berlakunya perubahan sikap lnggeris terhadap Negeri-negeri Melayu Utara. Pertamanya. adalah disebabkan tamatnya permusuhan di antara Inggeris dan Perancis pada akhir abad ke-19. Sebelum itu. kedua-dua kuasa saling bermusuhan. Masing-masing berusaha mengembangkan pengaruh masing-masing untuk mengatasi satu sama lain di Asia Tenggara. Ketika itu, Inggeris berada di Myanmar manakala Perancis di Indochina. Oleh itu, Inggeris seboleh mungkin cuba mengelakkan daripada mempunyai sempadan yang sama dengan Perancis. Walau bagaimanapun. pada 15 Januari 1896. Perjanjian Sulit Inggeris-Perancis telah ditandatangani, kedua kedua kuasa telah menyatakan persetujuan untuk tidak mara ke Lembah Menam Chao Phraya di Thailand. Kemudiannya. persaingan Inggeris-Perancis telah ditamatkan dengan wujudnya pakatan Inggeris-Perancis pada 8 April 1904. Dengan wujudnya hubungan baik di antara Inggeris dan Perancis ini maka, Inggeris telah menggunakan peluang untuk memberi perhatian kepada Negeri-negeri Melayu Utara. Secara tidak langsung, Inggeris dapat menyekat kemungkinan berlakunya campur tangan Perancis di Siam bagi menentang dasar imperialisme lnggenis.

Campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu Utara juga adalah didorong oleh wujudnya rasa bimbang terhadap penglibatan kuasa kuasa barat yang lain di Negeri-negeri Melayu Utara. Menjelang tahun 1880-an, beberapa buah kuasa Eropah bersaing untuk mendapatkan kawasan dari tanah jajahan di Asia Tenggara. Negara Jerman telah wujud sebagai sebuah negara yang besar dan kuat selepas penyatuan yang dibuat oleh Otto Von Bismark. Jerman yang ketika itu memerlukan sebuah petempatan di Asia Tenggara telah cuba untuk mendapatkan Pulau Langkawi antara tahun 1899 hingga tahun 1900. Manakala Rusia pula sedang memujuk pihak Siam di Bangkok agar menyerahkan Teluk Siam dan Ujang Salang. Amerika Syarikat pula sedang berusaha untuk mendapatkan Konsesi kawasan perlombongan arang batu di Terengganu pada tahun 1901. Perluasan pengaruh kuasa-kuasa Eropah ini cukup membimbangkan pihak Inggeris. Inggeris tidak mahu sebarang Negeri-negeri Melayu Utara jatuh ke tangan kuasa Eropah yang lain. Demi kepentingan ekonomi dan politik mereka. lnggeris perlu bertindak terlebih dahulu ke atas Negeri-negeri Melayu Utara sebelum kuasa-kuasa barat lain berbuat demikian. Lagipun, Inggeris sudah pun bertapak di negeri-negeri Melayu yang lain dan merasakan mereka mempunyai hal. ke atas Negeri-negeri Melayu Utara.

Sikap pemerintah di Negeri-negeri Melayu Utara turut mempengaruhi minat Inggeris. Sejak dari awal lagi Raja-Raja Melayu tidak begitu berminat berada di bawah naungan Siam. Sultan Kelantan dan Terengganu masing masing berusaha membebaskan negeri mereka dari naungan Siam. Sebagai bukti. pada tahun 1902 Sultan Muhammad dari Kelantan telah berangkat ke Singapura untuk meminta perlindungan Inggeris. Sekiranya Inggeris enggan memberi perlindungan dan bantuan. baginda akan cuba mendapatkan bantuan daripada kuasa Eropah yang lain. Situasi ini menjadikan pihak Inggeris tidak mempunyai pilihan melainkan melibatkan diri dan campur tangan di negeri tersebut.

Desakan daripada saudagar-saudagar turut mempengaruhi perubahan minat Inggeris. Sebahagian besar daripada pedagang Eropah yang berada di Negeri-negeri Melayu Utara ialah berbangsa lnggeris. Mereka mendesak agar pihak Inggeris turut meluaskan proses campur tangan di Negeri-negeri Melayu Utara. Salah seorang saudagar Inggeris yang berpengaruh ketika itu iaitu R.W. Duff. Beliau telah berjava mendapatkan kawasan seluas 2000 batu persegi daripada Sultan Kelantan untuk dimajukan. tetapi ditentang oleh Siam. Justeru itu. R.W. Duff telah mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Inggeris supaya campur tangan di Negeri-negeri Melayu Utara terutamanva di Kelantan sebagai langkah penyelesaian kepada masalahnya. Duff juga mengugut untuk mendapatkan bantuan Perancis dan Jerman sekiranya Inggeris keberatan membantunya.

Di samping itu. pegawai-pegawai lnggeris di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu turut memainkan peranan penting dalam mengubah dasar kerajaan Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu Utara. Frank Swettenham merupakan antara tokoh penting yang berjaya mempengaruhi kerajaan Inggeris untuk memulakan campur tangan di Negeri-negeri Melayu Utara. Sejak dari awal penglibatannya di Negeri-negeri Melayu, beliau telah berusaha menyedarkan kerajaan lnggeris terhadap pentingnya campur tangan di negeri-negeri Melayu. Turut sama menyokong minat ini ialah Sir Fredrick Weld yang menggesa Pejabat Tanah Jajahan supaya mengiktiraf dasar menegakkan kekuasaan Inggeris dalam erti kata sebenarnya di Tanah Melayu. Beliau turut menyokong perluasan kuasa Inggeris di utara Tanah Melayu bagi menyekat peluang kuasa Eropah lain bertindak menguasainya.

Kebetulan, pihak Siam sendiri menghadapi beberapa masalah yang mendorong pihaknya melepaskan Negeri-negeri Melayu Utara dan naungannya. Ketika itu. pendapatan yang diperolehi dari Negeri-negeri Melayu Utara tidak menguntungkan. Malahan Siam terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menampung masalah kewangan di negeri-negeri tersebut. Misalnya. negeri Kedah menghadapi krisis kewangan kerana membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menguruskan perkahwinan diraja. Siam terpaksa memberi pinjaman berjumlah SP $2 juta kepada Kedah. Keadaan ini membebankan Siam . Semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn pada tahun 1868-1910, baginda berusaha mengembalikan kedaulatan negara Siam dengan memansuhkan hak wilayah asingan yang diperolehi oleh Inggeris melalui Perjanjian Bowring 1855. lnggeris yang pada mulanya keberatan untuk memansuhkan hak itu. akhirnya telah bersetuju menerimanya. Sebagai balasan. Negeri-negeri Melayu Utara telah diserahkan oleh Siam kepada Inggeris pada tahun 1909. Tambahan pula. pihak Siam merasakan bahawa terlalu sukar untuk mengendalikan Negeri-negeri Melayu Utara memandangkan sultan-sultan di negeri-negeri tersebut sedang berusaha untuk membebaskan negeri mereka dari naungan Siam. Sebagai contoh. sultan Terengganu enggan menerima seorang penasihat yang dilantik oleh kerajaan Siam pada tahun 1902. Justeru itu. Negeri-negeri Melayu Utara perlu diserahkan kepada Inggeris. Tambahan pula, lnggeris sanggup mengeluarkan modal yang besar bagi menyiapkan projek landasan kereta api di selatan Siam.

Disebabkan oleh faktor-faktor tersebut, maka rundingan telah diadakan untuk menyegerakan proses penyerahan negeri negeri Melayu Utara kepada pihak lnggeris. Persetujuan dimeterai melalui Perjanjian Bangkok yang ditandatangani pada 9 Julai 1909 Dengan itu. secara rasminya Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan oleh Siam kepada Inggeris

Kesimpulannya. melalui Perjanjian Bangkok 1909. maka bermulalah era kekuasaan 1nggeris di Tanah Melayu. Negeri-negeri Melayu Utara telah menerima penasihat Inggeris secara berperingkat-peringkat. lanya didahului oleh negeri Kelantan pada tahun 1909. diikuti oleh Kedah pada tahun 1910. Terengganu pada tahun 1919 dan Perlis pada tahun 1932.