Sunday, March 29, 2009

Hubungan Inggeris dengan Negeri-negeri Melayu Utara

ARAHAN
1. Baca dan faham tajuk ini
2. Buat latihan bahagian pengenalan dan penutup. dalam bahagian Isi tulis dalam bentuk point.
3. Atau tuliskan isi sahaja yg patut dibincangkan dalam jawapan ini
4. Sperti biasa ikut arahan jika tidak kita akan kerugian.

Hubungan Inggeris,Siam dan Negeri-negeri Melayu Utara 1897-1909

Sebab-sebab Inggeris berminat menjalin hubungan persahabatan dengan Siam pada akhir abad ke 19
1. Negeri-negeri Melayu Utara terdiri daripada Kedah, Perlis,Kelantan dan Terengganu.

2. Negeri-negeri ini sebenarnya di bawah naungan Siam.

3. Bagaimanapun Inggeris berminat dengan NNMU kerana terdapat sumber :
• Mineral dan getah
• Boleh dijadikan pusat pemasaran barangan kilang Inggeris

4. Dalam masa yg sama Inggeris bimbang dengan kuasa-kuasa Barat yg lain seperti Perancis, Jerman, Rusia, dan Amerika Syarikat

5. Kebimbangan ini dapat dilihat daripada sikap Perancis yg telah Berjaya menduduki China dan cuba meluaskan pengaruhnya ke Siam dan NNMU. Keadaan ini menjadi bertambah genting apabila ada cadangan untuk membina Terusan Kra. Keadaan ini sudah tentu boleh menjejaskan perdagangan Inggeris yang melalui Selat Melaka dan Singapura.

6. Sementara Jerman pula cuba mendapatkan Langkawi untuk dijadikan pangkalan tentera laut di Asia Tenggara

7. Rusia cuba untuk mendapatkan Ujung Salang (Pulau Phuket) untuk dijadikan pangkalan arang batu.

8. Terengganu menjadi perhatian Amerika Syarikat untuk mendapatkan konsesi di sana.

9. Kebimbangan Inggeris terhadap kuasa Barat inilah yang mendorong ke arah
termeterainya beberapa perjanjian bagi memastikan kepentingan mereka terjamin

Pengisytiharaan Inggeris Perancis – Januari 1896


1. Tujuan Inggeris membuat perjanjian dengan Perancis ialah bagi menyekat kemaraan Perancis ke Siam dan dengan ini Siam kekal sebagai Negara penampan bagi mengelakkan pertembungan kuasa Inggeris di India dan Perancis di Indocina.

2. Kedua-dua belah pihak bersetuju mengekalkan kemerdekaan Menam Chao Phrya.

Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 6 April 1897


1. Siam bersetuju tdk akan menyerahkan sebarang wilayah ke Selatan garis lintang 11darjah utara kpd kuasa lain tanpa kebenaran Inggeris. Sebagai balasan Inggeris akan membantu Siam jika wilayah tersebut diserang


Perjanjian Sempadan 1899


1. Dalam perjanjian ini Inggeris dan Siam mengakui Reman di bawah wilayah Siam dan
Kedah, Kelantan, serta Terengganu adalah jajahan takluk Siam.

2. Sebenarnya perjanjian ini telah menyelesaikan masalah sempadan antara Perak
(Inggeris) dan Reman (Siam)


Pengisytiharaan Inggeris Siam 6.8.1902


sebab-sebab pengisytiharaan Siam

1. Kebimbangan Inggeris terhadap kuasa-kuasa asing spt yg dibincangkan di atas.

2. Peristiwa ini tercetus apabila seorang saudagar Inggeris iaitu R.W. Duff yg telah memajak tanah seluas 2000 batu persegi drp sultan Kelantan. Pemajakan ini dibantah oleh Siam kerana tidak meminta keizinan daripada pemerintah Siam . Duff yang berada dalam keadaan delima meminta bantuan Inggeris dan menggugut akan mendapatkan bantuan drp Perancis atau Jerman sekirannya enggan membantu. Oleh itu Frank Swettenham mendesak Siam supaya mengesahkan permintaan R.W.Duff.

3. Tindakan Siam mengukuhkan kuasa di NNMU mencetuskan rusuhan terutamanya Petani dan Kelantan yg anti Siam. Apabila Raja Abdul Kadir dari petani dipenjarakan, Sultan Mahmud IV dari Kelantan berasa bimbang akan kedudukannya. Baginda akan meminta bantuan kuasa Eropah yg lain sekirannya Inggeris enggan membantu

4. Frank Swettenham iaitu Gabenor NS dan PJT NNMB berjanji akan mempengaruhi Kerajaan Britain utk mengubah dasarnya ke atas NNMU. Menurutnya Siam tdk berupaya menguruskan NNMU dan kemungkinan meminta bantuan kuasa Eropah yg lain. Bagi memastikan kepentingan Inggeris terjamin perlu negeri-negeri tersebut dilindungi agar tdk jatuh ke tangan kuasa Eropah yg lain

5. Frank juga tlh menguggut kpd Siam iaitu sekiranya Siam enggan berunding dgnnya, Inggeris akan mengiktiraf Kelantan dan Terengganu sebagai negeri bebas.

6. Ugutan tersebut telah membawa kpd pengisytiharaan Inggeris Siam 1902
Syarat-syarat perjanjian :

 Hubungan luar kelantan dan Terengganu diawasi oleh Siam
 Penasihat berbangsa Inggeris dilantik oleh Siam keatas negeri Kelantan dan
Terengganu
 Kelantan dan Terengganu tdk boleh serahkan konsesi kpd kuasa asing tanpa izin
Siam
 Siam berhak menerima 10% drp pendapatan NNMU yg melebihi SP$100 000.

Perjanjian Bangkok

1. Pakatan kerjasama antara Inggeris dan Perancis pada tahun 1904 telah berjaya menamatkan perluasan kuasa dan pengaruh Perancis di NNMU.

2. Pakatan ini membawa kesan negatif kpd Siam kerana British enggan membantu Siam ketika Perancis menyerang dan merampas wilayah Siam. Ini bermakna British tdk mematuhi isi perjanjian Sulit British Siam yg ditandatangani pada 1897. Siam ingin membatalkan perjanjian 1897 tetapi sedar British tdk akan sewenang-wenangnya menghapuskan perjanjian tersebut.

3. Sebanyak 10 rundingan tlh dijalankan antara Siam dan British dan pada 9 Julai 1909, Perjanjian Bangkok tlh ditandatagani

Syarat-syarat Perjanjian Bangkok 9 Julai 1909


 Siam bersetuju menyerahkan Kedah,Perlis Kelantan dan Terengganu kepada Kerajaan
British
 Perjanjian Sulit British Siam 1897 dibatalkan
 British menyerahkan kembali hak wilayah asingan kepada Siam.
 Siam bersetuju tdk akan menyerahkan mana-mana kawasan kpd sebarang kuasa asing
tanpa kebenaran British. Siam juga tdk akan membenarkan kuasa asing membina
terusan di Segenting Kra.

 British tdk akan campur tangan dalam hal ehwal tanah jajahan Siam.

6. Pada 1930 semua negeri di T.Melayu tlh menerima penasihat dan residen Inggeris
dan pada masa yang sama hubungan NNM dgn Siam terputus sama sekali.

SOALAN

Perincikan tahap-tahap perluasan kuasa Inggeris di negeri-negeri Melayu Utara hingga 1909