Thursday, April 16, 2009

Jawap Soalan

Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kekacauan dengan meluas di Perak dan Selangor pada tahun 1870-an?

Sila tulis jawapan dulu dalam word dan kemudian copy and paste pada blog ini.
JANGAN LUPA NAMA ANDA DITULIS

13 comments:

  1. 1. Faktor ekonomi

    a. Keperluan bahan mentah dan pasaran baru
    • Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim, Margaret Kuowler menegaskan tujuan ekonomi adalah faktor yang penting menyebabkan British campur tangan di Negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874.
    • Akibat perkembangan Revolusi Perusahaan, British memerlukan tanahb. Kepentingan pelaburan British
    • Walaupun sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu, tetapi sudah terdapat ramai pedagang British yang terlibat dalam kegiatan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Kebanyakan dari mereka melabur secara langsung dalam lombong bijih timah di Larut, Kelang, Kuala Lumpur, Sungai Ujong, Kuantan dan sebagainya.
    jajahan untuk mendapatkan bahan serta pasaran barang-barang industri mereka2. Faktor-Faktor Lain

    Buat penegasan lagi sekali - Bukan faktor ekonomi sahaja yang memainkan peranan penting tetapi terdaa. Kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain

    • Ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan dan K.G. Tregonning, Hanny Miller, Emily, Kennedy dan Gullick menegaskan kebimbangan terhadap bertapaknya kuasa-kuasa asing di negeri-negeri Melayu menjadi faktor yang mempercepat campur tangan British.
    pat faktor-faktor lain
    • Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan perjalanan laut dari Eropah ke Asia. Keadaan ini telah menarik minat kuasa-kuasa Barat untuk mengembangkan pengaruh mereka ke Asiab. Masalah anarki di negeri-negeri Melayu

    • Pada 1860-an dan 1870-an, berlakunya kekacauan di negeri-negeri Melayu akibat daripada perebutan takhta,pergaduhan pembesar, pergaduhan pelombong-pelombong, pelanunan dan sebagainya.
    c. Faktor kemanusiaan

    • Frank Swettenham menegaskan bahawa campur tangan British di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan.
    d. Perubahan Kepimpinan di England

    • Sebelum tahun 1870, pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan kerajaan liberal di bawah Gladstone bersikap anti-imperialisme. Mereka menganggap campur tangan British di Negeri-negeri Melayu akan membebankan mereka dari segi kewangan.
    e. Tindakan Andrew Clarke

    • Tindakan Andrew Clarke yang melampaui arahan juga bertanggungjawab terhadap perubahan dasar British di Negeri-negeri Melayu.
    Kesimpulan

    • Memang tidak dapat dinafikan bahawa campur tangan British di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor ekonomi, namun faktor-faktor lain juga seperti persaingan daripada kuasa asing, anarki dalam negeri, faktor kemanusiaan dan peranan pegawai-pegawai Inggeris turut memainkan peranan penting.
    • Faktor-faktor inilah yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 dan bermulalah dasar campurtangan Inggeris secara rasmi di Tanah Melayu.
    jamaah 6atas1

    ReplyDelete
  2. Faktor-faktor campur tangan

    1. Faktor ekonomi
    a. Keperluan bahan mentah dan pasaran baru
    b. Kepentingan pelaburan British

    2. Faktor-Faktor Lain
    a. Kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain

    b. Masalah anarki di negeri-negeri Melayu
    c. Faktor kemanusiaan
    d. Perubahan Kepimpinan di England
    e. Tindakan Andrew Clark

    Kesimpulan:-

    MOHAMAD FAIZAL..

    ReplyDelete
  3. faktor kekacauan di perak dan selangor tahun 1870

    pengenalan

    Sebelum tahun 1874, British mengamalkan dasar tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Pegawai-pegawai British diarahkan supaya hanya menumpukan perhatian di Negeri-negeri Selat. Tujuannya ialah untuk mengelakkan permusuhan dengan Siam kerana Negeri-negeri Melayu, khususnya Negeri-negeri Melayu Utara yang diakui sebagai negeri-negeri naungan Siam. Selain itu, pengalaman British akan penglibatan mereka dalam Perang Naning (1831-1832) di mana British mengalami kerugian 100 ribu ringgit telah menyedarkan mereka supaya tidak campur tangan dalam negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, sebelum 1874, terdapat beberapa peristiwa penglibatan British dalam hal-ehwal negeri Melayu seperti Perjanjian Burney, pembedilan kubu di Terengganu dan Kuala Selangor dan sebagainya. Penglibatan tersebut dianggap sebagai campur tangan tidak langsung dan tidak mempunyai tujuan penjajahan. Akibat dari beberapa faktor, pada tahun 1874, British telah mengubah polisinya terhadap negeri-negeri Melayu dari dasat tidak campur tangan kepada dasar campur tangan.

    Faktor-faktor campur tangan

    1. Faktor ekonomi

    a. Keperluan bahan mentah dan pasaran baru

    Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim, Margaret Kuowler menegaskan tujuan ekonomi adalah faktor yang penting menyebabkan British campur tangan di Negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874. Akibat perkembangan Revolusi Perusahaan, British memerlukan tanah jajahan untuk mendapatkan bahan serta pasaran barang-barang industri mereka. Perkembangan industri mengetin terutamanya selepas terciptanya teknologi mengetin oleh Peter Durar & Nicholas Appot pada tahun 1810 telah menyebabkan permintaan bijih timah meningkat. Akibat permintaan yang tinggi, harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12 sherling 9 penn bagi 1 tan pada tahun 1872. Negeri-negeri Melayu terutamanya Perak, Selangor dan Sungai Ujong memang diketahui oleh British kaya dengan bijih timah. British menganggap penguasaan ke atas negeri-negeri tersebut akan menguntungkan British kerana mereka akan mendapat bijih timah negeri-negeri berkenaan. Campur tangan British kerana faktor ekonomi terbukti kerana British memulakan campur tangannya di negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah seperti Perak, Selangor dan Sungai Ujong.

    b. Kepentingan pelaburan British

    . Kebanyakan dari mereka melabur secara langsung dalam lombong bijih timah di Larut, Kelang, Kuala Lumpur, Sungai Ujong, Kuantan dan sebagainya. Malah, terdapat beberapa syarikat British yang telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk mendapatkan konsesi (pajakan) perlombongan di negeri-negeri Melayu. Sebagai contoh, Syarikat Patterson & Simons pada tahun 1861 mengeluarkan 33 ribu ringgit untuk mendapatkan konsesi perdagangan di Kuantan dan Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong telah membayar kepada Dato’ Kelana sebanyak $30 ribu untuk mendapatkan konsesi perlombongan di Sungai Ujong manakala W. Mansfield & Rakan-rakan mempunyai kepentingan perkapalan di Singapura, khususnya untuk mengangkut bijih timah ke Eropah. Pada tahun 1870-an, dianggarkan perdagangan bernilai $2.5 juta setahun yang dijalankan oleh pedagang-pedagang British dan orang-orang Cina di negeri-negeri Melayu dibiayai oleh modal Eropah. Walau bagaimanapun, perdagangan dan pelaburan mereka di negeri-negeri Melayu terganggu akibat kekacauan yang berlaku seperti perebutan takhta, pergaduhan antara kongsi gelap Cina, pembesar-pembesar dan sebagainya. Pedagang-pedagang Eropah dan Cina telah mendesak Kerajaan British supaya campur tangan di negeri-negeri Melayu bagi melindungi pelaburan dan perdagangan mereka. Sebagai contoh, pada Mac 1873, seramai 248 orang pedagang Cina telah menandatangani surat rayuan mendesak British campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Bagi menamatkan kekacauan-kekacauan supaya kegiatan perdagangan mereka dapat dijalankan tanpa gangguan, surat tersebut telah diterima oleh Lord Kimberley, Setiausaha Jabatan Pejabat Tanah Jajahan pada 31 Ogos 1873. Pada September 1873, Lord Kimberley telah mengarahkan Andrew Clarke supaya mengkaji dan melaporkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi pelaburan dan perdagangan di Negeri-negeri Melayu.
    campur tangan British di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor-faktor ekonomi kerana dasar tersebut dijalankan selepas Lord Kimberley menerima laporan dari Andrew Clarke pada tahun 1873. Walau bagaimanapun, ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan, J.E. Cady dan K.G. Tregonning menganggap tujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi British di negeri-negeri Melayu kurang penting jika dibandingkan dengan perlindungan ke atas jalan perdagangan ke negeri China.

    2. Kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain

    Ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan dan K.G. Tregonning, Hanny Miller, Emily, Kennedy dan Gullick menegaskan kebimbangan terhadap bertapaknya kuasa-kuasa asing di negeri-negeri Melayu menjadi faktor yang mempercepat campur tangan British. Pada pertengahan abad ke-19, terutamanya pada tahun 1870-an merupakan zaman imperialisme di mana kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan bagi kepentingan bahan mentah dan pasaran. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan perjalanan laut dari Eropah ke Asia. Keadaan ini telah menarik minat kuasa-kuasa Barat untuk mengembangkan pengaruh mereka ke Asia. Pada tahun 1870-an, kebanyakan negeri di Asia Tenggara telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, contohnya British di Burma, Perancis di Indo-China, Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia. Hanya Siam dan negeri-negeri Melayu yang masih belum dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. British tidak dapat menjajah Siam kerana tindakan tersebut akan mendapat tentangan kuasa-kuasa lain yang juga mempunyai kepentingan di Siam. British sedar bahawa jika mereka tidak menjajah negeri-negeri Melayu, kuasa-kuasa asing akan menjajahnya. Kuasa-kuasa lain mungkin akan menjadikan kekacauan-kekacauan sebagai alasan untuk campur tangan. Kuasa asing yang paling dibimbangi oleh British ialah Jerman yang telah muncul sebagai kuasa yang kuat selepas penyatuan Jerman oleh Bismarck pada tahun 1871. Kejayaan Jerman mengalahkan Perancis pada tahun 1871 telah menyebabkan Jerman muncul sebagai kuasa yang kuat di Eropah.

    Pada tahun 1870-an, Jerman berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia dan Afrika supaya dianggap setanding dengan kuasa-kuasa lain. Minat Jerman terhadap negeri-negeri Melayu terbukti apabila terdapat pedagang-pedagang Jerman di Singapura pada tahun 1870-an. Kebimbangan British terhadap tapaknya kuasa asing di negeri-negeri Melayu bertambah selepas Lord Kimberley menerima sepucuk surat dari Saymore Clark, iaitu pengarah Syarikat Bijih Timah Selangor pada 18 Julai 1873. Dalam surat tersebut, Saymore Clark menegaskan Tengku Kudin sebagai wizurai Selangor telah memohon bantuan British bagi menamatkan Perang Kelang. Tengku Kudin telah mengugut sekiranya British enggan membantunya, beliau akan dapat bantuan daripada kuasa-kuasa lain, terutamanya Jerman. Kebimbangan British terhadap kuasa lain terbukti dari laporan Lord Kimberley pada 22 Julai 1873 yang menegaskan British tidak sanggup melihat kuasa-kuasa lain bertapak di mana-mana negeri Melayu kerana ia akan menjejaskan kepentingan British. Kebimbangan terhadap campur tangan asing telah mempercepat campur tangan British di negeri-negeri Melayu. Sekiranya kuasa-kuasa asing bertapak di negeri Melayu, bukan sahaja jalan perdagangan ke China terancam tetapi kedudukan British di Negeri-negeri Selat dan kepentingan ekonomi dan politik British di negeri-negeri Melayu akan terancam.

    3. Keselamatan Negeri-negeri Selat

    Pada 1860-an dan 1870-an, berlakunya kekacauan di negeri-negeri Melayu akibat daripada perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan pelombong-pelombong, pelanunan dan sebagainya. Antara kekacauan-kekacauan tersebut ialah Perang Kelang (1867-1873), Perang Larut (1861-1863), Perang Saudara Pahang (1857-1863). Kekacauan-kekacauan yang berlaku di negeri-negeri Melayu, terutamanya antara pelombong Cina telah menjejaskan Negeri-negeri Selat kerana kekacauan-kekacauan tersebut berlarutan ke Negeri-negeri Selat. Kennedy pada bukunya “History of Malaya” menegaskan faktor keselamatan Negeri-negeri Selat yang terjejas akibat kekacauan-kekacauan di negeri-negeri Melayu menjadi faktor paling penting menyebabkan British campur tangan di negeri-negeri Melayu. Pendapat ini disokong oleh C.D. Cowan dalam bukunya “Nineteen Century Malaya”. Faktor ini dapat dibuktikan dalam kenyataan Lord Kimberley pada 7 Julai 1873 yang mendesak supaya dicari jalan penyelesaian British dapat menamatkan Perang Larut supaya keselamatan Negeri-negeri Selat tidak terjejas.

    4. Faktor kemanusiaan

    Frank Swettenham menegaskan bahawa campur tangan British di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan. Beliau menganggap tanggungjawab orang-orang putih ialah untuk menamatkan kekacauan dan wujudkan peraturan serta keamanan bagi menjamin keselamatan harta benda dan nyawa. Walau bagaimanapun, faktor ini kurang penting jika dibandingkan dengan faktor ekonomi dan politik. Malah terdapat ahli-ahli sejarah yang menegaskan faktor kemanusiaan ini sengaja ditonjolkan dengan tujuan untuk melindungi sebab sebenar campur tangan British, iaitu sebab ekonomi dan politik.

    5. Perubahan pegawai

    Sebelum tahun 1870, pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan kerajaan liberal di bawah Glodstone bersikap anti-imperialisme. Mereka menganggap campur tangan British di Negeri-negeri Melayu akan membebankan mereka dari segi kewangan. Mereka tidak bersimpati dengan rayuan pedagang-pedagang dan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat supaya British campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Sejak tahun 1870, berlaku perubahan pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan Kabinet British yang membawa kepada sentimen imperialisme. Golongan ini mahukan British campur tangan untuk melindungi kepentingan British. Pada tahun 1870, Lord Kimberley dilantik sebagai Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan. Pada tahun 1871, Edward Knatchbull Hugessen telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen dan Robert Herbert sebagai Setiausaha Rendah Tetap Pejabat Tanah Jajahan. Sekiranya kepentingan-kepentingan British terjejas maka mereka perlu campur tangan. Malah campur tangan setelah Lord Kimberley mengarahkan Andrew Clarke untuk mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi pelaburan di Negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1873, Parti Konservatif di bawah Disraeli yang menganut fahaman imperialisme telah mempengaruhi politik England. Kejayaan konservatif menguasai kerajaan pada Januari 1874 telah membawa kepada campur tangan British di Negeri-negeri Melayu. Selain itu, pada tahun 1870-an juga berlaku perubahan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat. Pegawai-pegawai tersebut juga menganut fahaman imperialisme seperti Andrew Clarke, Frank Swettenham, Kapten Speedy dan Kapten Tathan.

    6. Tindakan Andrew Clarke

    Tindakan Andrew Clarke yang melampaui arahan juga bertanggungjawab terhadap perubahan dasar British di Negeri-negeri Melayu. Andrew Clarke hanya diarahkan oleh Lord Kimberley untuk menkaji dan melaporkan langkah-langkah bagi melindungi kepentingan British di Negeri-negeri Melayu tetapi Andrew Clarke dengan inisiatifnya sendiri telah campur tangan di Perak (Januari 1974), Selangor (Februari 1874) dan Sungai Ujong (April 1874).

    steph......

    ReplyDelete
  4. Faktor-faktor campur tangan

    1. Faktor ekonomi
    ~ Keperluan bahan mentah dan pasaran baru
    ~Kepentingan pelaburan British

    2. Faktor-Faktor Lain
    ~ Kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain
    ~ Masalah anarki di negeri-negeri Melayu
    ~ Faktor kemanusiaan
    ~ Perubahan Kepimpinan di England
    ~ Tindakan Andrew Clark

    Kesimpulan:-

    •campur tangan British di negeri-negeri Melayu - tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor- ekonomi, namun faktor-faktor lain juga- persaingan daripada kuasa asing, anarki dalam negeri, faktor kemanusiaan dan peranan pegawai-pegawai Inggeris turut memainkan peranan penting.

    • Faktor-membawa kepada termeterainya- Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 dan bermulalah dasar campurtangan Inggeris secara rasmi di Tanah Melayu.

    ~Eva~

    ReplyDelete
  5. 1. Faktor ekonomi

    a. Keperluan bahan mentah dan pasaran baru
    • Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim, Margaret Kuowler menegaskan tujuan ekonomi adalah faktor yang penting menyebabkan British campur tangan di Negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874.
    • Akibat perkembangan Revolusi Perusahaan, British memerlukan tanahb. Kepentingan pelaburan British
    • Walaupun sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu, tetapi sudah terdapat ramai pedagang British yang terlibat dalam kegiatan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Kebanyakan dari mereka melabur secara langsung dalam lombong bijih timah di Larut, Kelang, Kuala Lumpur, Sungai Ujong, Kuantan dan sebagainya.
    jajahan untuk mendapatkan bahan serta pasaran barang-barang industri mereka2. Faktor-Faktor Lain

    Buat penegasan lagi sekali - Bukan faktor ekonomi sahaja yang memainkan peranan penting tetapi terdaa. Kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain

    • Ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan dan K.G. Tregonning, Hanny Miller, Emily, Kennedy dan Gullick menegaskan kebimbangan terhadap bertapaknya kuasa-kuasa asing di negeri-negeri Melayu menjadi faktor yang mempercepat campur tangan British.
    pat faktor-faktor lain
    • Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan perjalanan laut dari Eropah ke Asia. Keadaan ini telah menarik minat kuasa-kuasa Barat untuk mengembangkan pengaruh mereka ke Asiab. Masalah anarki di negeri-negeri Melayu

    • Pada 1860-an dan 1870-an, berlakunya kekacauan di negeri-negeri Melayu akibat daripada perebutan takhta,pergaduhan pembesar, pergaduhan pelombong-pelombong, pelanunan dan sebagainya.
    c. Faktor kemanusiaan

    • Frank Swettenham menegaskan bahawa campur tangan British di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan.
    d. Perubahan Kepimpinan di England

    • Sebelum tahun 1870, pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan kerajaan liberal di bawah Gladstone bersikap anti-imperialisme. Mereka menganggap campur tangan British di Negeri-negeri Melayu akan membebankan mereka dari segi kewangan.
    e. Tindakan Andrew Clarke

    • Tindakan Andrew Clarke yang melampaui arahan juga bertanggungjawab terhadap perubahan dasar British di Negeri-negeri Melayu.
    Kesimpulan

    • Memang tidak dapat dinafikan bahawa campur tangan British di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor ekonomi, namun faktor-faktor lain juga seperti persaingan daripada kuasa asing, anarki dalam negeri, faktor kemanusiaan dan peranan pegawai-pegawai Inggeris turut memainkan peranan penting.
    • Faktor-faktor inilah yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 dan bermulalah dasar campurtangan bermula d tanah melayu

    SAM 6a1

    ReplyDelete
  6. Faktor-faktor campur tangan
    1. Faktor ekonomi
    a. Keperluan bahan mentah dan pasaran baru
    Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim, Margaret Kuowler menegaskan tujuan ekonomi adalah faktor yang penting menyebabkan British campur tangan di Negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874. Akibat perkembangan Revolusi Perusahaan, British memerlukan tanah jajahan untuk mendapatkan bahan serta pasaran barang-barang industri mereka. Perkembangan industri mengetin terutamanya selepas terciptanya teknologi mengetin oleh Peter Durar & Nicholas Appot pada tahun 1810 telah menyebabkan permintaan bijih timah meningkat. Akibat permintaan yang tinggi, harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12 sherling 9 penn bagi 1 tan pada tahun 1872. Negeri-negeri Melayu terutamanya Perak, Selangor dan Sungai Ujong memang diketahui oleh British kaya dengan bijih timah. British menganggap penguasaan ke atas negeri-negeri tersebut akan menguntungkan British kerana mereka akan mendapat bijih timah negeri-negeri berkenaan. Campur tangan British kerana faktor ekonomi terbukti kerana British memulakan campur tangannya di negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah seperti Perak, Selangor dan Sungai Ujong.
    b. Kepentingan pelaburan British
    Walaupun sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu, tetapi sudah terdapat ramai pedagang British yang terlibat dalam kegiatan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Kebanyakan dari mereka melabur secara langsung dalam lombong bijih timah di Larut, Kelang, Kuala Lumpur, Sungai Ujong, Kuantan dan sebagainya. Malah, terdapat beberapa syarikat British yang telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk mendapatkan konsesi (pajakan) perlombongan di negeri-negeri Melayu. Sebagai contoh, Syarikat Patterson & Simons pada tahun 1861 mengeluarkan 33 ribu ringgit untuk mendapatkan konsesi perdagangan di Kuantan dan Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong telah membayar kepada Dato’ Kelana sebanyak $30 ribu untuk mendapatkan konsesi perlombongan di Sungai Ujong manakala W. Mansfield & Rakan-rakan mempunyai kepentingan perkapalan di Singapura, khususnya untuk mengangkut bijih timah ke Eropah. Pada tahun 1870-an, dianggarkan perdagangan bernilai $2.5 juta setahun yang dijalankan oleh pedagang-pedagang British dan orang-orang Cina di negeri-negeri Melayu dibiayai oleh modal Eropah. Walau bagaimanapun, perdagangan dan pelaburan mereka di negeri-negeri Melayu terganggu akibat kekacauan yang berlaku seperti perebutan takhta, pergaduhan antara kongsi gelap Cina, pembesar-pembesar dan sebagainya. Pedagang-pedagang Eropah dan Cina telah mendesak Kerajaan British supaya campur tangan di negeri-negeri Melayu bagi melindungi pelaburan dan perdagangan mereka. Sebagai contoh, pada Mac 1873, seramai 248 orang pedagang Cina telah menandatangani surat rayuan mendesak British campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Bagi menamatkan kekacauan-kekacauan supaya kegiatan perdagangan mereka dapat dijalankan tanpa gangguan, surat tersebut telah diterima oleh Lord Kimberley, Setiausaha Jabatan Pejabat Tanah Jajahan pada 31 Ogos 1873. Pada September 1873, Lord Kimberley telah mengarahkan Andrew Clarke supaya mengkaji dan melaporkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi pelaburan dan perdagangan di Negeri-negeri Melayu.
    Memang tidak dapat dinafikan bahawa campur tangan British di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor-faktor ekonomi kerana dasar tersebut dijalankan selepas Lord Kimberley menerima laporan dari Andrew Clarke pada tahun 1873. Walau bagaimanapun, ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan, J.E. Cady dan K.G. Tregonning menganggap tujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi British di negeri-negeri Melayu kurang penting jika dibandingkan dengan perlindungan ke atas jalan perdagangan ke negeri China.
    2. Kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain
    Ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan dan K.G. Tregonning, Hanny Miller, Emily, Kennedy dan Gullick menegaskan kebimbangan terhadap bertapaknya kuasa-kuasa asing di negeri-negeri Melayu menjadi faktor yang mempercepat campur tangan British. Pada pertengahan abad ke-19, terutamanya pada tahun 1870-an merupakan zaman imperialisme di mana kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan bagi kepentingan bahan mentah dan pasaran. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan perjalanan laut dari Eropah ke Asia. Keadaan ini telah menarik minat kuasa-kuasa Barat untuk mengembangkan pengaruh mereka ke Asia. Pada tahun 1870-an, kebanyakan negeri di Asia Tenggara telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, contohnya British di Burma, Perancis di Indo-China, Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia. Hanya Siam dan negeri-negeri Melayu yang masih belum dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. British tidak dapat menjajah Siam kerana tindakan tersebut akan mendapat tentangan kuasa-kuasa lain yang juga mempunyai kepentingan di Siam. British sedar bahawa jika mereka tidak menjajah negeri-negeri Melayu, kuasa-kuasa asing akan menjajahnya. Kuasa-kuasa lain mungkin akan menjadikan kekacauan-kekacauan sebagai alasan untuk campur tangan. Kuasa asing yang paling dibimbangi oleh British ialah Jerman yang telah muncul sebagai kuasa yang kuat selepas penyatuan Jerman oleh Bismarck pada tahun 1871. Kejayaan Jerman mengalahkan Perancis pada tahun 1871 telah menyebabkan Jerman muncul sebagai kuasa yang kuat di Eropah.
    Pada tahun 1870-an, Jerman berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia dan Afrika supaya dianggap setanding dengan kuasa-kuasa lain. Minat Jerman terhadap negeri-negeri Melayu terbukti apabila terdapat pedagang-pedagang Jerman di Singapura pada tahun 1870-an. Kebimbangan British terhadap tapaknya kuasa asing di negeri-negeri Melayu bertambah selepas Lord Kimberley menerima sepucuk surat dari Saymore Clark, iaitu pengarah Syarikat Bijih Timah Selangor pada 18 Julai 1873. Dalam surat tersebut, Saymore Clark menegaskan Tengku Kudin sebagai wizurai Selangor telah memohon bantuan British bagi menamatkan Perang Kelang. Tengku Kudin telah mengugut sekiranya British enggan membantunya, beliau akan dapat bantuan daripada kuasa-kuasa lain, terutamanya Jerman. Kebimbangan British terhadap kuasa lain terbukti dari laporan Lord Kimberley pada 22 Julai 1873 yang menegaskan British tidak sanggup melihat kuasa-kuasa lain bertapak di mana-mana negeri Melayu kerana ia akan menjejaskan kepentingan British. Kebimbangan terhadap campur tangan asing telah mempercepat campur tangan British di negeri-negeri Melayu. Sekiranya kuasa-kuasa asing bertapak di negeri Melayu, bukan sahaja jalan perdagangan ke China terancam tetapi kedudukan British di Negeri-negeri Selat dan kepentingan ekonomi dan politik British di negeri-negeri Melayu akan terancam.
    3. Keselamatan Negeri-negeri Selat
    Pada 1860-an dan 1870-an, berlakunya kekacauan di negeri-negeri Melayu akibat daripada perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan pelombong-pelombong, pelanunan dan sebagainya. Antara kekacauan-kekacauan tersebut ialah Perang Kelang (1867-1873), Perang Larut (1861-1863), Perang Saudara Pahang (1857-1863). Kekacauan-kekacauan yang berlaku di negeri-negeri Melayu, terutamanya antara pelombong Cina telah menjejaskan Negeri-negeri Selat kerana kekacauan-kekacauan tersebut berlarutan ke Negeri-negeri Selat. Kennedy pada bukunya “History of Malaya” menegaskan faktor keselamatan Negeri-negeri Selat yang terjejas akibat kekacauan-kekacauan di negeri-negeri Melayu menjadi faktor paling penting menyebabkan British campur tangan di negeri-negeri Melayu. Pendapat ini disokong oleh C.D. Cowan dalam bukunya “Nineteen Century Malaya”. Faktor ini dapat dibuktikan dalam kenyataan Lord Kimberley pada 7 Julai 1873 yang mendesak supaya dicari jalan penyelesaian British dapat menamatkan Perang Larut supaya keselamatan Negeri-negeri Selat tidak terjejas.
    4. Faktor kemanusiaan
    Frank Swettenham menegaskan bahawa campur tangan British di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan. Beliau menganggap tanggungjawab orang-orang putih ialah untuk menamatkan kekacauan dan wujudkan peraturan serta keamanan bagi menjamin keselamatan harta benda dan nyawa. Walau bagaimanapun, faktor ini kurang penting jika dibandingkan dengan faktor ekonomi dan politik. Malah terdapat ahli-ahli sejarah yang menegaskan faktor kemanusiaan ini sengaja ditonjolkan dengan tujuan untuk melindungi sebab sebenar campur tangan British, iaitu sebab ekonomi dan politik.
    5. Perubahan pegawai
    Sebelum tahun 1870, pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan kerajaan liberal di bawah Glodstone bersikap anti-imperialisme. Mereka menganggap campur tangan British di Negeri-negeri Melayu akan membebankan mereka dari segi kewangan. Mereka tidak bersimpati dengan rayuan pedagang-pedagang dan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat supaya British campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Sejak tahun 1870, berlaku perubahan pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan Kabinet British yang membawa kepada sentimen imperialisme. Golongan ini mahukan British campur tangan untuk melindungi kepentingan British. Pada tahun 1870, Lord Kimberley dilantik sebagai Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan. Pada tahun 1871, Edward Knatchbull Hugessen telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen dan Robert Herbert sebagai Setiausaha Rendah Tetap Pejabat Tanah Jajahan. Sekiranya kepentingan-kepentingan British terjejas maka mereka perlu campur tangan. Malah campur tangan setelah Lord Kimberley mengarahkan Andrew Clarke untuk mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi pelaburan di Negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1873, Parti Konservatif di bawah Disraeli yang menganut fahaman imperialisme telah mempengaruhi politik England. Kejayaan konservatif menguasai kerajaan pada Januari 1874 telah membawa kepada campur tangan British di Negeri-negeri Melayu. Selain itu, pada tahun 1870-an juga berlaku perubahan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat. Pegawai-pegawai tersebut juga menganut fahaman imperialisme seperti Andrew Clarke, Frank Swettenham, Kapten Speedy dan Kapten Tathan.
    6. Tindakan Andrew Clarke
    Tindakan Andrew Clarke yang melampaui arahan juga bertanggungjawab terhadap perubahan dasar British di Negeri-negeri Melayu. Andrew Clarke hanya diarahkan oleh Lord Kimberley untuk menkaji dan melaporkan langkah-langkah bagi melindungi kepentingan British di Negeri-negeri Melayu tetapi Andrew Clarke dengan inisiatifnya sendiri telah campur tangan di Perak (Januari 1974), Selangor (Februari 1874) dan Sungai Ujong (April 1874).

    wendy

    ReplyDelete
  7. Pengenalan
    Sebelum tahun 1874, British mengamalkan dasar tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Pegawai-pegawai British diarahkan supaya hanya menumpukan perhatian di Negeri-negeri Selat. Tujuannya ialah untuk mengelakkan permusuhan dengan Siam kerana Negeri-negeri Melayu, khususnya Negeri-negeri Melayu Utara yang diakui sebagai negeri-negeri naungan Siam. Selain itu, pengalaman British akan penglibatan mereka dalam Perang Naning (1831-1832) di mana British mengalami kerugian 100 ribu ringgit telah menyedarkan mereka supaya tidak campur tangan dalam negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, sebelum 1874, terdapat beberapa peristiwa penglibatan British dalam hal-ehwal negeri Melayu seperti Perjanjian Burney, pembedilan kubu di Terengganu dan Kuala Selangor dan sebagainya. Penglibatan tersebut dianggap sebagai campur tangan tidfak langsung dan tidak mempunyai tujuan penjajahan. Akibat dari beberapa faktor, pada tahun 1874, British telah mengubah polisinya terhadap negeri-negeri Melayu dari dasat tidak campur tangan kepada dasar campur tangan.
    Faktor-faktor campur tangan
    1. Faktor ekonomi
    a. Keperluan bahan mentah dan pasaran baru
    b. Kepentingan pelaburan British
    2. Kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain
    3. Keselamatan Negeri-negeri Selat
    4. Faktor kemanusiaan
    5. Perubahan pegawai
    6. Tindakan Andrew Clarke

    >ZaradZy<

    ReplyDelete
  8. Pengenalan
    -terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya kekacauan dengan meluas di Perak dan Selangor.
    Isi-isi
    -di Perak,perebutan kuasa antara pembesar telah berlaku bagi merebut kawasan perlombongan bijih timah.
    -pergaduhan kongsi gelap cina yang berlaku antara puak Ghee Hin dan Hai San dan kejadian ini telah menyebabkan berlakunya kekacauan.
    -sistem penggiliran takhta yang diamalkan tidak dipraktikkan dengan betul oleh para pembesar dan ini menimbulkan rasa tidak puas ati dalam kalangan pembesar yang ditindas dan menyebabkan berlakunya kekacauan.
    -di Selangor,pertelingkahan antara kongsi gelap cina iaitu antara puak Ghee Hin dan Hai San telah menimbulkan kekacauan.
    -perebutan kuasa antara pembesar juga menyebabkan berlakunya kekacauan bagi mendapatkan kawasan perlombongan bijih timah.
    Penutup
    -kesimpulannya,perebutan kuasa antara pembesar dan pertelingkahan antara kongsi gelap cina telah menimbulkan kekacauan di Perak dan Selangor.
    CESTERO@kEZ

    ReplyDelete
  9. KEKACAUAN DI PERAK

    Kekacauan yang berlaku di Perak membimbangkan British terhadap campur tangan asing. Akibatnya, Gabenor Negeri-negeri Selat, Andrew Clarke telah mengambil langkah campur tangan di Perak. Hasil usaha beliau, satu rundingan telah diadakan sejak 17 Januari 1874 dan hasil rundingan tersebut, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874. Mengikut Perjanjian Pangkor, Sultan Abdullah diiktiraf sebagai Sultan. Baginda bersetuju menerima seorang Residen sebagai penasihat dalam semua hal pentadbiran kecuali adat resam orang Melayu dan hal ehwal agama Islam. Lebih kurang 10 bulan kemudian, J.W.W. Birch telah dihantar sebagai Residen yang pertama pada 1 November 1874. Kehadiran Birch telah menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan Sultan dan pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial. Akibatnya, Birch telah dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875 selepas berada di Perak hanya selama 12 bulan.

    Sebab-sebab berlaku Penentangan di Perak
    1. Kelemahan Perjanjian Pangkor
    Perjanjian Pangkor tidak menyelesaikan masalah tentang perebutan takhta Perak antara Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raj Yusof.

    2. Kelemahan Birch
    British menganggap perlantikan Birch sebagai Residen lebih-lebih lagi sebagai Residen Pertama sebagai satu kesilapan. Birch tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu serta tidak memahami dan menghormati adat resam orang Melayu

    3. Pembaharuan-pembaharuan Birch
    Pembaharuan-pembaharuan yang cuba dilaksanakan oleh Birch telah menjejaskan kepentingan Sultan dan pembesar sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial.

    4. Tindakan Sir William Jervais
    Tindakan Sir William Jervais yang menggantikan Andrew Clarke sebagai Gabenor Negeri-negeri Selat pada Mei 1875 juga membawa kepada berlakunya Perang Perak 1875.

    MOHD NAZRI@BAD BOYZ90

    ReplyDelete
  10. Faktor-faktor campur tangan

    1. Faktor ekonomi
    a. Keperluan bahan mentah dan pasaran baru
    b. Kepentingan pelaburan British

    2. Faktor-Faktor Lain
    a. Kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain

    b. Masalah anarki di negeri-negeri Melayu
    c. Faktor kemanusiaan
    d. Perubahan Kepimpinan di England
    e. Tindakan Andrew Clark

    Kesimpulan:-

    -Memang tidak dapat dinafikan bahawa campur tangan British di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor ekonomi, namun faktor-faktor lain juga seperti persaingan daripada kuasa asing, anarki dalam negeri, faktor kemanusiaan dan peranan pegawai-pegawai Inggeris turut memainkan peranan penting.

    =Faktor-faktor inilah yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 dan bermulalah dasar campurtangan Inggeris secara rasmi di Tanah Melayu.

    haniffah

    ReplyDelete
  11. Faktor-faktor campur tangan

    1. Faktor ekonomi
    ~ Keperluan bahan mentah dan pasaran baru
    ~Kepentingan pelaburan British

    2. Faktor-Faktor Lain
    ~ Kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain
    ~ Masalah anarki di negeri-negeri Melayu
    ~ Faktor kemanusiaan
    ~ Perubahan Kepimpinan di England
    ~ Tindakan Andrew Clark

    Kesimpulan:-

    •campur tangan British di negeri-negeri Melayu - tahun 1874 dipengaruhi oleh faktor- ekonomi, namun faktor-faktor lain juga- persaingan daripada kuasa asing, anarki dalam negeri, faktor kemanusiaan dan peranan pegawai-pegawai Inggeris turut memainkan peranan penting.

    • Faktor-membawa kepada termeterainya- Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 dan bermulalah dasar campurtangan Inggeris secara rasmi di Tanah Melayu.

    suemayang ank raman

    ReplyDelete
  12. factor-faktor yang menyebabkan berlakunya kekacauan dengan meluas di Perak dan Selangor pada tahun 1870-an ialah:
    1. Perebutan tahta kerajaan
    -sis.pengiliran tdk b'jalan dgn lancar &
    menimbulkan byk kesulitan kerana
    perebutan kuasa antara keluarga diraja
    2. Pertelingkahan antara kongsi gelap cina
    -persaingan antara kongsi gelap utk m'dptkan
    kawasan bijih timah tlh mengakibatkan
    berlakunya pertempuran sehingga menyebabkan
    keadaan huru-hara & kegiatan melombong
    bijih timah tdk dpt dijalankan

    -elfa

    ReplyDelete
  13. Kekacauan yang berlaku di Perak membimbangkan British terhadap campur tangan asing. Akibatnya, Gabenor Negeri-negeri Selat, Andrew Clarke telah mengambil langkah campur tangan di Perak. Hasil usaha beliau, satu rundingan telah diadakan sejak 17 Januari 1874 dan hasil rundingan tersebut, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874. Mengikut Perjanjian Pangkor, Sultan Abdullah diiktiraf sebagai Sultan. Baginda bersetuju menerima seorang Residen sebagai penasihat dalam semua hal pentadbiran kecuali adat resam orang Melayu dan hal ehwal agama Islam. Lebih kurang 10 bulan kemudian, J.W.W. Birch telah dihantar sebagai Residen yang pertama pada 1 November 1874. Kehadiran Birch telah menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan Sultan dan pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial. Akibatnya, Birch telah dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875 selepas berada di Perak hanya selama 12 bulan.

    Faktor-faktor campur tangan

    1. Faktor ekonomi
    ~ Keperluan bahan mentah dan pasaran baru
    ~Kepentingan pelaburan British

    2. Faktor-Faktor Lain
    ~ Kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain
    ~ Masalah anarki di negeri-negeri Melayu
    ~ Faktor kemanusiaan
    ~ Perubahan Kepimpinan di England
    ~ Tindakan Andrew Clark
    Faktor-faktor campur tangan

    1. Faktor ekonomi
    ~ Keperluan bahan mentah dan pasaran baru
    ~Kepentingan pelaburan British

    2. Faktor-Faktor Lain
    ~ Kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain
    ~ Masalah anarki di negeri-negeri Melayu
    ~ Faktor kemanusiaan
    ~ Perubahan Kepimpinan di England
    ~ Tindakan Andrew Clark

    Disediakan oleh,
    P.B.L

    ReplyDelete